Me & My Life..

Friday, August 5, 2011

Restoran Rebung Oleh Chef Ismail Ahmad

Hari ni berbuka puasa kat restoren yang dah lama aku dengar cerita tapi tak berkesempatan nak mencuba.. Restoran Rebung oleh celebrity Chef Ismail Ahmad bersama angkasawan negara, Dr, Sheikh Muszaphar di Bangsar.

Kelmarin, Fuad nak berbuka ngan masakan asli kampung, so kami cadangkan restoren ni. Memandangkan kami semua belum lagi pernah mencuba masakan direstoren ni, kami pun setuju ngan cadangan tu.

Bahagian depan pintu masuk Restoran Rebung.


Dari luar, restoren ni sebijik macam rumah kampung.. (tapi macam rumah setinggan pun ada!), tapi masakan dia memang sedap. Kena ngan selera kampung kami. Hari ni ada Sambal Sotong, Masak Lemak Daging Panggang, Pajeri Nenas, Masak Lemak Siput Sedut, Paru Sambal Berlada, Gulai Ikan Patin (favourite Fuad!), Pari Masak Asam Pedas, Ulam-ulaman, Pucuk Ubi Tumbuk Dengan Tempoyak, Pengat Durian & Pulut dan macam-macam lagi la.

Dessert buffet..

Main buffet.. tak besar tapi lauk-pauk kegemaran semua ada..


Overall, berpuka puasa kat sini memang tak mengecewakan.. sebab semua masakan kegemaran ada malam ni!

Bersama Nana dari Era.FM

Ni dia tokeh Restoren Rebung..

Dia..

Dia hadir lagi..
Perkenalan yang diikat lebih dari sepuluh tahun..
Tak pernah janggal..
Sama seperti dulu.. sungguh peramah, sungguh prihatin, sungguh bertanggungjawab..
Aku tak mahu menaruh harapan.. harapan yang pernah aku pertaruhkan
Cukup lah sekadar dapat berteman.. sekadar pengisi rasa sunyi
Aku hargai setiap tingkah-laku mu.. membuat aku dihargai..
Kerana kau dan aku.. adalah dua insan yang berlainan
Insan yang hanya bergelar teman..


Thursday, August 4, 2011

I'm Back.. :)

Dah lama tak jengok blog ni.. dah lama tak berblogging.. dah rasa janggal! Banyak cerita nak dikongsi bersama.. cuma tak berupaya nak diluahkan melalui perkataan.

Harap mulai hari ini aku dapat bercerita seperti dulu..