Me & My Life..

Sunday, November 22, 2009

Fullhouse..

Dah pening kepala duk memikir kat mana nak lunch tuk farewell Davina, last-last we all decided nak lunch at Delicious @ The Marc Resident. Aku ni duk terbayang dah Malaysian Rojak kat situ.. sedap tul!! Rojak yang semangkuk besar tu.. ditabur lak hirisan bunga kantan dan kacang tumbuk.. makan bersama keropok ikan. Memang sedap!

Last Saturday, kami pun plan la nak gie farewell lunch ni. Tapi bila kami dah park kereta kat parking, tetiba aku lak bersuara, kata nak try something different. Aku bagitau Allie & Davina, aku selalu lalu kat Jalan Yap Kwan Seng bila nak gie kerja.. ada satu restoran baru buka kat situ. Cantik jer nampak dari luar.. menarik betul! Kat luar pagar restoran tu lak ada banner set lunch yang dipromosikan.. dari RM16.90.. murah tu!

Fullhouse: Lifestyle Store & Cafe, Jalan Yap Kwan Seng.

So, kami pun apa lagi.. tukar la venue ke restoran tu. Sampai jer kami kat situ, kami disambut oleh Car Jockey.. free service lagi!! Masuk jer kat dalam restoran ni, semua nyer serba putih.. suci sangat. Manakala, baru seminggu beroperasi, memang la suci lagi.. cuba kalau dah setahun.. tak hitam legam segala benda dalam restoran ni?!

Bila dah duduk dalam tempat yang menarik macam restoran ni, bertambah selera la kami nak makan.. yang penting, ada gak kami ni yang baru jer bangun tido.. tak bersarapan, terus mandi bersiap keluar rumah.. mana tak lapar!!

Ni la menu nyer.. macam majalah/komik.. cute sangat!!

Allie pilih yang ni..

Davina & Annie pilih yang ni..

Aku pilih yang ni.. (good choice!)

Bila kami dah order makanan, tak sampai 10 minit, makanan dah sampai.. bagus tul service kat sini.. tip top! Kami cuma order set lunch jer sebab lebih murah berbanding dengan a la-carte order. Makanan pun presentation menarik dan sedap-sedap kat sini. Cuba tengok makanan-makanan yang kami order ni.. sedap kan..?!

Our drinks: Iced Lemon Tea..

Our starter: Forest Mushroom Soup..

Allie's main course: Spaghetti Pasta With Turkey Ham & Mushroom Cream..

Annie & Davina's main course: Pan Sear Dory Fish Wish Asia Green..

My main course: Oven Roasted Chicken Chop With Daily Vegetables..

Dessert: Assorted Mini Cakes..

Selain dari restoran, kat dalam ni ada butik pakaian dan aksesori kat tingkat atas. Di tingkat bawah restoran ni selain ruang makan, ada gak kawasan menjual cenderemata, barangan perhiasan rumah dan aksesori.

Dining hall area.. dalam ni semua serba putih.

Barangan aksesori rumah di tingkat bawah restoran FullHouse..

Selain makan, kita boleh gak membeli belah kat dalam restoran ni.. 2 in 1!

Interior dalaman yang menarik.. macam rumah Inggeris jer..

Bahagian belakang restoran ni lak, ada ruangan outdoor. Macam boleh buat parti atau tuk sapa-sapa yang nak feeling-feeling makan dibawah cahaya matahari (ala-ala sun tan gitu!).. rasa la korang rentung kena sun burn nanti! Yang paling menarik sekali, kat kawasan outdoor ni ada water fountain dan kereta Mini tak der berbumbung. Sakan masing-masing bergambar kat sini.. he.. he..

Menarik tul kereta Mini ni.. berebut-rebut nak bergambar kat sini!!

Bagi aku, restoran ni memang best.. tempat nyer menarik dan makanan pun sedap-sedap. So, pada sesiapa yang nak try tu, pergi la.. recommended.

Berbaloi, baloi..!!


Thursday, November 19, 2009

2012..


Merasa gak aku Hanafi belanja tengok wayang semalam.. tapi aku gak yang sengsara sebab kena belikan tiket. Dia tak sempat nak belikan tiket sebab dia kerja.. tak per la, at least dia bagi duit kan?! Dari pukul 1.00 tengahari aku dah terpacak kat GSC Pavilion tu, ramai nyer manusia yang nak tengok wayang.. hairan tul aku!

Sebab-sebab dia belanja aku tengok wayang ni tuk nak balas budi atas pertolongan aku tempoh hari.. Anyway, aku berbesar hati.. terima kasih Napi!

Bila cerita pasal tonton wayang, aku betul-betul terigin nor nak tengok cerita 2012 ni, kata nyer cerita pasal hari terakhir dunia.. dunia kiamat.. alluhalam. Dari first show cerita ni pada 12 November lepas, semua show dari pagi sampai tengah malam penuh! Sakit tak hati??! Sememang nyer, ramai tul yang menunggu kemunculan movie ni kat pawagam.

Cerita ni memang sentiasa buat kita sentiasa rasa cemas especially pada bab-bab kehancuran bumi ni. Aku memang suka betul special effect dia, sama macam cerita The Independence Day dan The Day After Tomorrow (manakala, director yang sama!).. kelas!!



Cuba la tengok trailer cerita ni, dan aku pun recommend korang gie tengok cerita ni kat pawagam sebab bagi aku cerita ni best tuk hiburan. Selamat menonton!


Thursday, November 12, 2009

Makan Malam Ramai-ramai..

Malam semalam, kami melepak kat kedai makan tempat biasa (dah start jadi port kami sebab budak ambik order tu kando dan comel sangat!) reramai.. aku, Sani, Senor, Izat, Zahir, Abg Boh & Kaka Era. Tetiba masing-masing bercerita pasal cerita lama, cerita masa zaman muda-muda dulu.. so Chitah pun terentre frame dalam itu cerita. Kebetulan, Chita baru jer balik dari flight.. mesti dia cuti esok nyer. 'What is kalau kita lepak rumah Chita, boleh lepak makan malam kat sana?!', aku bagi idea.

Ni bukan nak tolong masak.. tolong menyemak jer..!!

Lepak-lepak sambil tunggu makanan dihidangkan..

Kebetulan juga, aku, Izat dan Sani cuti keesokkan hari nyer, Senor kerja petang dan Kaka Era pun kerja petang. So, kami pun menalipon Chita yang baru jer sampai kat rumah.. menyatakan hasrat nak gie lepak makan malam kat rumah dia esok. Green light dah dapat dari Chita dan Zul, so kami masing-masing pun sibuk buat plan nak ke rumah Chita esok. Tapi aku, kena la pergi awal sikit sebab nak tolong bawa Chita gie supermarket beli barang yang hendak dimasak nanti. Hampeh tul!! Tak per la.. Chita setuju nak masak masakan kegemaran aku, jadi aku tak kisah.

Bila tiba hari nyer, sibuk la aku ngan Chita membeli-belah barang-barang dapur kat supermarket. Sampai jer kami kat rumah, Chita terus jer masak. Selang 5 minit, Sani, Senor dan Izat sampai.. pastu Kak Era dan Abg Boh.

Haa.. ni la tukang masak nyer..!

Sup Ekor dan Ayam Goreng.

Kacang Buncis Goreng.

Sambal Berlada Ikan Bilis & Petai.

Bila kami dah berkumpul ramai-ramai ni, bising dan kecoh la rumah dibuat nyer! Teringat balik zaman dulu-dulu, zaman melepak kat rumah Kak Era.. masa tu, semua masih bujang lagi (manakala, Chita sorang jer yang dah kahwin!). Memang seronok!! Sekali-sekala bila dapat berkumpul macam ni, aku rasa puas hati sangat sebab dapat tengok kawan-kawan aku yang kadang-kala susah nak jumpa.

Makan time!!

Aku bersyukur sangat kerana tuhan pertemukan aku dengan kawan-kawan aku ni.. kawan-kawan susah dan senang aku.. kita berkawan memang dah lama, ada yang sejak sekolah lagi. Aku sayang kat korang semua.. (walaupun aku tak pernah bagitau kat korang, aku tau korang tahu..).

Sunday, November 8, 2009

Filem Seram..

Malam kelmarin, aku terigin sangat nak tengok wayang.. dah lama rasa nyer tak tengok wayang, dah berminggu-minggu (lama ker macam tu?!). Kebetulan, malam sebelum tu aku ada tengok trailer movie baru dipawagam.. Phobia 2, filem seram Thailand.

Memang best trailer tu! Sebelum ni aku pun pernah tengok 4bia (filem seram Thailand gak!), tapi aku tak rasa lak filem ni ada sambungan.. dan aku tak rasa gak ianya bersambung sebab dalam filem ni ada 4 cerita yang berbeza.. so camana dia orang nak sambung, kan?!


Trailer filem 4bia..

Aku memang peminat setia filem-filem seram dari Thailand ni.. semenjak menonton cerita Long Korn, aku terus jatuh cinta ngan cerita-cerita macam ni. Suka betul ngan lakonan, cinematography (betul ke ejaan tu?!) dan make-up dalam filem-filem ni.. semua nyer nampak real! Bukan nak menjatuhkan filem-filem seram tanahair, cuma aku tak rasa lagi mereka ni setaraf ngn filem-filem seram dari Thailand ni.

So, malam kelmarin, berkobar-kobar la aku, Zahir, Mary dan boyfriend dia nak gie tengok filem Phobia 2 ni. Mary excited sangat sebab ni filem Thailand.. dia paham la, manakala yang kami bertiga ni?? Nan ado!! Cuba korang tengok trailer filem Phobia 2 ni..

Trailer filem Phobia 2..

Best tak?? So, pada sapa-sapa yang belum tengok cerita ni.. cepat-cepat la menonton nyer. Lagi satu, dalam filem ni ada 5 cerita berbeza, suka tul ngan pengarah filem ni, dia dah buat kita kejang perut tengok cerita-cerita seram dia, tapi bab cerita akhir tu, dia selitkan unsur komedi supaya kita tak stress dari mula sampai habis bila mereka tengok cerita ni!

Dari 5 bintang aku bagi 4 1/2 bintang.. hu.. hu..!! Zahir lak tak habis-habis menjerit dalam panggung kalau tiba bab-bab seram dalam filem ni, mengalahkan pompuan yang ada kat dalam panggung ni.. feeling betul!! Whatever it is, aku suka filem ni.. best!

Wednesday, November 4, 2009

Craving..


Ntah camana ntah.. suddenly, I was so craving for KFC. It happened last Saturday, while we're in Genting Highland, everybody was having KFC for dinner. It was 9.30pm, and it is 30 minutes more for my medicine time.. since my doctor had advised me not to take any oily food 2 hours before and 2 hours after the medicine, I have to forget about KFC for a while. What I ate was the plain bread and coleslaw.. good enough!

Yesterday, right before I started my shift at 5, I was so craving for KFC. So glad that Mary was working the same shift as me.. so, she's the victim for me tonight! When I told her about my idea for supper after work, she agreed.. easy, just like that!!

Before..

After..

Finally, it's time that I've been waiting.. we went for supper in KFC Jalan Bukit Bintang. Zahir was there too. It's finger licking good, we had a great time!

Tuesday, November 3, 2009

My Latest Favourite Songs..

Pernah tak korang suka banget ngan lagu Korea? Yer la.. selain lagu Winter Sonata tu? Dulu kan cerita-cerita tele-drama Korea ni betul-betul hit kat rangkaian TV Malaysia, so ada la jugak kita dengar lagu-lagu Korea yang sedap-sedap. Pastu, diciplak alih bahasa pada Bahasa Melayu lak.. nasib baik sedap!

Sejak Fuad memperkenalkan aku pada satu lagu Korea dari kumpulan Wonder Girls (Nobody), aku dah jatuh cinta pada lagu-lagu Korea berentak dance ni. Dan sebelum ni, aku pun pernah tengok video klip lagu Korea dari kumpulan Super Junior (Sorry Sorry) kat MTV.. dah la lagu dia orang sedap, penyanyi dan penari dia orang pun sedap-sedap gak! Mereka nyer dance move memang gempak! Suka sangat!!

Manakala, aku betul-betul dah jatuh cinta ngan lagu-lagu dari Wonder Girls dan Super Junior ni.. best sangat video klip dia orang. Kalau tak caya, cuba tengok video-video klip ni..


Sorry Sorry - Super Junior


Nobody - Wonder Girls