Me & My Life..

Friday, March 12, 2010

Lega..

Akhirnya aku dah dapat beli flight ticket untuk holiday ni.. baru lega rasa nyer. Selagi tak beli flight ticket, selagi tu hati rasa tak senang. Susah untuk aku nak buat booking untuk hotel dan susah gak nak buat itinerary selagi aku tak boleh nak confirmkan tarikh berlepas.


Sekarang, dah rasa lega.. duit yang dah di simpan boleh la dibudget-budget seada nyer. Masih lagi mencuba nak kumpul duit belanja sebanyak mungkin, supaya nanti aku tak payah nak sekat-sekat nafsu nak membeli itu ini. Tapi kalau dah tak de rezeki, terpaksa la aku makur.. terpaksa la bercuti dengan apa yang ada. Aku yakin semuanya akan berjalan lancar..

Itinerary perjalanan dan aktiviti harian dah selesai aku buat. Tak sabar rasanya nak mulakan percutian ni.. yang dah aku tunggu sekian lama. Sama seperti tahun lepas, semasa percutian ke Bali ngan member-member, pejam celik, pejam celik, dah sampai waktunya.. rasa sekejap pulak!

Wednesday, March 3, 2010

Ada Je Hal..!!

Kenapa bila kita nak menyimpan duit ada jer benda yang akan tak kena?? Ada jer benda nak kena beli, ada jer benda nak kena repair, ada je benda nak kena ganti?!! Stressed la!

Aku ni, bagai nak rak menyimpan duit nak gie holiday bulan June ni.. tetiba ada je perkara nak menghabiskan duit tu. Bumbung dapur kat rumah aku ni bocor la pulak, sebab-sebab dia bocor pun adalah dari pokok besar kat sebelah rumah ni. Pastu tak lama lagi kereta lak nak kena hantar service, aircond kat dalam bilik pun dah tak sejuk.. pun nak kena service gak!

Bila dikira-kira, mahu RM2,000.00 aku kena berhabis tuk semua tu. Mana tak nyer, tebang 2 pokok kat tepi rumah ni dah kena RM600.00, nak buat balik bumbung dapur ni kena RM400.00. Service kereta lak busuk-busuk kena RM300.00. Service aircond lak kena RM200.00, tu pun kalau tak der apa yang rosak atau nak kena ganti nanti. Kalau tak, nak cecah RM300.00-RM400.00 kalau ada benda rosak dalam aircond tu yang diganti.

Ish.. duit ni tak pernah cukup kan?? Camana la cara nyer kita nak menyimpan tanpa ada sebarang gangguan?? Tanpa perlu nak belanjakan duit tu untuk benda-benda lain selain apa yang kita plan? Masalah-masalah..!!

Stressed!!