Me & My Life..

Saturday, October 31, 2009

Genting Lagi..


Sempat lagi ni posing dalam cable car!!

Semalam seronok betul kita orang kat Genting Highlands. Terima kasih pada semua sebab sudi ajak aku join korang semua.. aku betul-betul seronok dapat berkumpul ramai-ramai. Bak kata Yati, family day!

Tapi konsep tu memang kena betul, dengan masing-masing bawa family masing-masing, dengan makanan yang ala-ala berkelah kat air terjun.. ada nasi lemak, ada bihun goreng, ada cekodok pisang, ada chicken nugget, ada sosej dan yang penting, Rin bawa seTupperware besar biskut raya!! (he.. he.. 1st time in my life berkelah kat Genting!!). But it was fun!

Masing-masing sibuk ngan family masing-masing.. sibuk berseronok!!

Bab posing-posing ni, memang kita orang suka!!

Paling seronok bila kita orang semua kat dalam Snow House, semua feeling-feeling kat overseas ni!! Mana yang main gelongsor salji, mana yang main baling-baling salji, mana yang sibuk bergambar.. kelakar betul!! Seronok tengok anak-anak Suhana dan Yati main salji.. lagak gaya dia orang macam dah biasa jer main salji.. tah bila-bila tah!!

Feeling-feeling bercuti reramai kat Switzerland..

Aku suka betul kalau ada family gathering yang macam ni.. nak-nak lagi bila dapat berkumpul dengan mereka yang sekepala.. rasa seronok tak ingat! Husband-husband dia orang ni pun aku dah kenal, so tak la rasa macam dia orang tu sombong.. semua boleh bergurau-senda dan semua boleh masuk kepala.

Ini kami bersama Ila dan Azian..

Ini kami bersama keluarga Suhana dan keluarga Yati..

Dalam pukul 9.00 malam, kami berpecah sebab mereka nak turun KL.. kesian dia orang, keletihan sangat melayan anak-anak masing-masing. Tapi kami (aku, Fuad, Rin, Zahir & Ardiana) tetap tak mahu turun awal.. feeling-feeling sesi fotografi lak kami! Hu.. hu..!!

Sesi fotografi.. sanggup tunggu sampai last cable car out!

Friday, October 30, 2009

Macam-macam Perasaan..

Pernah tak korang rasa perasaan yang macam-macam?? Rasa tak tentu arah, rasa sunyi, rasa kelam kabut, rasa sedih tak menentu, rasa pilu tetiba.. pendek kata, macam-macam rasa lah!! Pernah??

Sejak kebelakangan ni, aku rasa sedih tak tentu arah.. rasa sunyi.. dan rasa malas nak layan perangai manusia pun ada. Tak tau la kenapa boleh tetiba ada rasa yang macam-macam ni. Ada satu rasa ni yang aku tak leh nak elak ialah rasa malas nak layan perangai orang.. especially amongst my friends. Ada la dua-tiga orang ni yang aku betul-betul malas nak layan.. dah rasa tawar hati dah ngan dia orang ni! Yang mana bila aku pikir, kalau aku layan kerenah dia orang ni, aku yang naik hantu.. aku yang rasa makan hati.. Maka, tak yah la lagi aku melayan mereka-mereka ni.

Kekadang, aku terpikir gak, kenapa aku ada beberapa orang kawan-kawan yang aku dah kenal sejak dari sekolah lagi, dah berpuluh tahun kami bersama, kenal antara satu sama lain, tetapi masih erat get along, dapat paham rasa hati masing-masing, masih mesra macam dulu. Tapi lagi sekumpulan kawan-kawan ni, yang aku rasa tak berbaloi nak bersama, tak berbaloi nak kenal hati budi dia orang?? Kenapa yek??

Tapi bagi aku, semua kawan-kawan aku ni cukup bermakna dalam hidup aku selain family aku. Kawan-kawan juga la yang dapat buat aku ketawa mengilai sampai keluar airmata, mereka juga la yang buat aku menangis sebab tak memahami perasaan aku ni.. Haruskah aku menyimpan perasaan macam-macam ni?? Aku dah tak larat nak memikirkan nyer..

Monday, October 19, 2009

Open Houses..

Heran gak tahun ni, dah nak 2 hari lagi habisnya bulan Syawal, bulan raya tapi aku cuma terima 3 jemputan jer tuk open house raya tahun ni. Kenapa yek?? Tak macam tahun-tahun lepas, every weekend ada open house.. 2-3 biji rumah dalam masa satu hari tu..!! Tahun ni, memang sunyi betul!!

Duit oh duit..!!

Mungkin sebab economic problem recently, atau mungkin sebab raya jatuh pada pertengahan bulan?? Dan semua duit dah banyak dibelanjakan tuk raya..?? Hhmm..?

Ok lah, whatever it is, aku happy sangat kalau dapat gie open houses ni.. bukan nyer apa, selain dapat makan 'pree' (free), kita dapat berkumpul reramai.. seronok-seronok. Masa ni la dapat jumpa, ex-schoolmates, ex-colleagues, ex-boyfriend dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Yang mana, cuma kita dapat jumpa setahun sekali jer bila tiba hari raya.. kalau tak der hari raya ni, mungkin tak der la kita berjumpa lagi.. sedih kan??!

Kemunculan celebriti pada malam itu..

First open house yang aku hadiri ialah di rumah Achat kat Subang. Mula-mula memang rasa malas nak pergi sebab pada hari tersebut, aku berkerja shift petang. Balik lak pukul 11.00 malam, ada ke lagi kawan-kawan kat open house tu? Teryata, kawan-kawan aku semua tunggu kehadiran kami kat sana, sanggup tunggu sampai aku tiba kat rumah Achat ni!! Kebanyakan yang ada pada malam tu, semua teman-teman rapat.. teman-teman yang aku sayangi.. Tetamu yang lain semua dah balik, kenyang jer perut, beredar la mereka.. He.. he..!! Macam biasa la kan?!!

Wajah kelaparan selepas kerja!

Suasan open house Achat ni dah macam dalam drama swasta jer..

Second open house lak kat rumah Abang Adzuan (Bell Captain kat tempat kerja aku!) di Dengkil. Walaupun tak ramai kawan-kawan sekerja yang hadir, majlis tetap meriah. Selepas kerja jam 3.00 petang, kami reramai berpakat berkongsi kereta, bertolak sesama ke destinasi. Perjalanan hampir satu jam.. ye lah, Dengkil la pulak tempat nyer.. atas sikit dari KLIA. Sebenarnya, pada hari itu adalah majlis harijadi anak perempuan Abang Adzuan, pada sebelah petang lak dia buat BBQ open house tuk rakan sekerja. Memang seronok dapat berkumpul macam ni.. tapi ada gak yang tak berapa seronok hari tu..

Reramai menjamu selera..

Manakala.. para hadirin yang jenuh membakar ayam..

Antara rakan sekerja yang turut memeriahkan suasana
open house dikediaman Abang Adzuan..

Kesian kat si Hanafi, dah la tak tau lokasi, sombong lak nak pergi ngan kereta sendiri. Pastu, duit lak tercicir masa isi minyak kat Tol Sungai Besi, tersangkut lak kat tol sebab satu sen pun dia tak der nak bayar duit tol!! He.. he.. kalau dia datang hotel dan tunggu kami, sah-sah kejadian ni tak akan berlaku. Eemm.. rasakan!! Nasib baik ada Abang Dino to the rescue, kalau tak.. bermalam la kau kat tol tu Hanafi!!

Aku dah siap ingatkan dia awal-awal nak temujanji dan gie sesama, tapi menyombong la pulak.. nak gie sendiri!! Lantakkan la!! Menyesal tak sudah.. haa.. cakap orang tua-tua tu dengar sikit (dah tua ke aku ni??! Yang penting, tetap maintain muda kan!)!! Bila dia dah sampai kat rumah Abang Adzuan, kami semua dah bersiap-siap nak bertolak pulang. Member pun dengan muka tak puas hati, mentekedarah ayam-ayam panggang tu!! Kah.. kah.. kah.. Tapi aku kesian gak kat dia.. (tetap ni!!).

Juadah-juadah yang disediakan di rumah terbuka Yuss & Izat..

Dan open house terakhir aku, di rumah Yusnoor & Izat pada minggu terakhir bulan Syawal. Siap berbusana Baju Melayu (yer la.. nak feeling-feeling grand open house ni!). Memang seronok dapat jumpa ramai kawan-kawan lama, dapat gak catch-up on latest gossips! Satu jer, aku ni bila dah ada kat rumah Yusnoor ni, memang malas nak balik! Dah la aku kerja shift pagi keesokan hari nyer.. gigih gak duk bertandang sampai pukul 3.00 pagi! Seronok dapat berkumpul kat sana, berphoto shoot bagai kita orang malam tu!!

Antara para hadirin di rumah terbuka Yuss & Izat..

Bersama tuan rumah dan teman-teman rapat.

Sessi foto tangkap muat!

So, ramai gak yang bertanya, bila lak time aku nak buat open house?! Eemm.. dah nak habis bulan Syawal ni, paham-paham jer la.. Kalau kita buat open house selepas bulan Syawal, memang tak seronok sebab bukan dalam bulan raya. Jadi jawapan nyer, aku tak buat open house pun.. tak der budget! Point bulan ni pun RM312.00 jer sepoint.. bayar hutang bulan ni pun tertangguh! Lu pikir la sendiri!!

Monday, October 12, 2009

Singapore Sling!!


It has been a while dah tak berblogging ni.. wondering, nak menulis dalam bahasa Inggeris (feeling-feeling Mat Salleh!) atau dalam bahasa Melayu?? Since baca blog Moomoo Mek Mung Krek Krek tu ditulis dalam bahasa Melayu, rasa originality nyer. So, I decided to write in dwi bahasa (so, pada sapa-sapa yang tak fasih baca bahasa Melayu macam Mary Sawadeekap tu.. minta maaf yer!) this time. Jangan marah..

Joe inviting me to spend the weekend in Singapore after Hari Raya for Formula 1 this year. Mula-mula tu rasa macam malas nak pergi sebab takut budget lari.. yer la, kata nak simpan duit nak holiday oversea next year, tapi memandangkan it will be so much fun there with another set of friends in Singapore, ku gigihkan jua..

Tak prepare apa-apa, pack lite-lite jer dan beli tiket on the day itself (duit pun keluarkan dari bank pagi tu jugak!). Nasib baik ada tiket bas Aeroline lagi ke Singapore, kalau tak.. selamat la duit aku tu!! Tak pernah-pernah nak travel sorang-sorang ni, tapi tetap nak pergi gak.. konon-konon nak adventure la katakan!


Anyway, lepas kerja jer kerja pukul 4.00 petang, aku bergegas berjalan kaki ke Corus hotel nak kejar Aeroline bus yang depart jam 4.30 petang ke Singapore. Nasib baik sempat.. so ingat nak tido dalam bas tapi tak terlelap mata ni sebab terlalu excited nak berjumpa ngan Aishah, Joe & Uda yang akan menanti aku sampai kat Harbourfront tu. Dalam perjalanan yang mengambil masa 5 jam tu, aku tak tentu arah duduk sorang-sorang.. aku tengok seat bahagian belakang ada yang kosong, tapi service dalam bas ni best gak.. jam 6.00 petang, mereka served dinner. Packed meal dari Corus Hotel (nasi putih, berlauk sambal ikan, ayam dan sayur campur & sambal belacan) berserta dessert (Honey Dew pudding). Selepas makan, Steward dari Aeroline Bus ni served coffee or tea (or milo).. pastu aku membusykan diri ngan iPod sampai la ke Imigresen di Tuas.

Packed dinner meal..

The dessert (honey dew pudding).

Aku buat-buat pandai jer sorang-sorang masa kat imigresen ni.. nasib baik aku pandai, so lepas halangan pertama! Kemudian sampai lak kat halangan kedua, imigresen Second Link tuk masuk ke Singapore.. ni aku seram sikit.. so, aku pun buat la pandai-pandai aku gak, tapi ikut orang.. aku senyum kat officer tu (terus teringat kat Kumar nyer stand-up comedy: "what smile-smile!) masa nak cop passport. Aku tengok imigresen officer kat sini semua nyer ok jer.. tak banyak tanya.. lepas gak halangan kedua!

Setiba di Harbourfront, Aishah sudah sedia menanti aku.. excited tak terkira sambil bawa kuih raya yang dia pesan semalam. Then kita orang berjalan separuh shopping mall tu nak ke Spanish Bar dimana Uda, Joe & Faizal (boyfriend Aishah) tengah menunggu. Lepak-lepak minum & makan sambil menghirup udara Singapura memerhatikan Sentosa Island yang sibuk membangun (malam-malam buta pun masih bertukang nak menyiapkan 5 biji bangunan hotel baru). Tiba masa, kami pun berpecah, Uda & Joe pulang menaiki MRT dan aku, Aishah & Faizal menaiki teksi ke rumah (sebenar nyer aku teringin nak merasa nak naik MRT kat Singapore ni!).

Baode Building, Geylang.. where I stayed.. thanks to Aishah!

Selama 3 malan aku dirumah sewaan Aishah, aku menumpang tido di bilik Christine yang sedang training di Mandarin Oriental Jakarta (thanks Christine!). Aku diberi Ezing Card (untuk bas dan MRT ala Touch n Go) dan kunci rumah oleh Aishah, so senang la nanti aku nak bergerak sana-sini kata nyer! Tapi, aku tak paham, kenapa sewa bilik disini mahal sangat (SD$600-700) tapi bilik nyer kecil.. tak berbaloi! Kalau kat KL, harga macam ni dah boleh sewa satu condo mewah!! Perrghh!! Aishah dah pesan kat aku camana nak naik bas dari rumah nak ke Orchard Road, ke Concorde Hotel tuk jumpa Joe.

Pemandangan semasa berjalan menuju ke bus stop..



Orchard Road.

Bugis Street.

Bersama geng-geng Singapore dinner kat Little India..

Esok nyer, punya la berkobar-kobar aku bangun pagi (memang kena bangun pukul 10.00 pagi pun sebab nak kena makan ubat!), pastu bersiap-siap sambil feeling-feeling Singaporean! Jalan kaki dari rumah Aishah ke bus stop dalam 10 minit, tunggu bas double decker (very efficient, setiap 15 minit).. nak duduk kat atas je!! Aishah kata, kalau nampak Plaza Singapura, tekan loceng, pastu dari situ jalan ke Concorde Hotel tak jauh.. tapi sampai la hari terakhir, aku tak nampak langsung Plaza Singapura tu!! Aku pun turun mana sempat jer.. yang penting, aku sampai kat Orchard Road.. sampai gak Concorde Hotel tu!

The famous Raffles Hotel..

Singapore Night Safari.

Ini la landmark yang Aishah suruh aku tengok-tengok tu untuk berhenti ke Orchard Road..

Selama 3 hari aku kat Singapore ni, Aishah, Faizal & Uda gigih bawa aku kehulu-kehilir (lupa lak nak call Liling.. mesti dia merajuk tengok gambar-gambar aku kat Facebook tu).. gie Kampung Gelam, Arab Street, Bugis Street, Night Safari, Little India dan yang paling penting Mustafa Centre (my favourite place), supermarket yang buka 24 jam dengan harga runtuh! Favourite sangat! Walaupun dia orang ni semua kerja pagi, tapi sanggup bawa aku dan Joe jalan-jalan. Tapi pada hari terakhir, cuma aku dan Joe je yang pepandai jalan-jalan sendiri.. gie muzium, Singapore Flyer, Malion Park dan area-area town (at last dapat gak naik MRT!). Best sangat kita orang berjalan dari pagi.. ronda-ronda metropolitan city ni (very the well organised city).. sampai aku terlepas bas pukul 6.30 petang nak balik KL sebab terperangkap dalam traffic jam on the way nak ke Harbourfront.

National Museum Of Singapore.

Merasa gak naik MRT for the second day..

Malion Park.. aku tunggu 3 hari nak sampai kat sini! A must visit in Singapore.

Explanade Theather at Marina Bay.

Singapore Flyer.. thanks to Aishah for the free tickets!

Luckly, ada last bas pukul 8.30 malam tuk balik.. tapi.. aku sorang jer dalam bas tu!! Terasa macam kerabat diraja lak chartered the whole bus. Seperti biasa, service dari Steward Aeroline bus ni memang bagus.. aku dilayan macam raja! Berkali-kali tanya aku nak makan minum, nak tengok movie.. sampai tolong ingatkan aku tuk makan ubat pukul 10.00 malam!! He.. he..

'Last bus depart at 8.30pm.. plenty of seats available..' aku sorang jer dalam bas ni!


Memang best last minute holiday aku kali ni.. terima kasih pada semua kawan-kawan kat Singapore especially Aishah & Faizal yang tak henti-henti belanja aku semasa aku kat Singapore.. jimat.. tapi tak jugak, sebab kena beli tiket Aeroline Bus yang baru (SD$48.00 = RM120.00) tuk balik KL!! Tapi yang penting, aku puas!!

The Metropolitan Lion City.