Sempat lagi ni posing dalam cable car!!
Semalam seronok betul kita orang kat Genting Highlands. Terima kasih pada semua sebab sudi ajak aku join korang semua.. aku betul-betul seronok dapat berkumpul ramai-ramai. Bak kata Yati, family day!Tapi konsep tu memang kena betul, dengan masing-masing bawa family masing-masing, dengan makanan yang ala-ala berkelah kat air terjun.. ada nasi lemak, ada bihun goreng, ada cekodok pisang, ada chicken nugget, ada sosej dan yang penting, Rin bawa seTupperware besar biskut raya!! (he.. he.. 1st time in my life berkelah kat Genting!!). But it was fun!
Bab posing-posing ni, memang kita orang suka!!
Paling seronok bila kita orang semua kat dalam Snow House, semua feeling-feeling kat overseas ni!! Mana yang main gelongsor salji, mana yang main baling-baling salji, mana yang sibuk bergambar.. kelakar betul!! Seronok tengok anak-anak Suhana dan Yati main salji.. lagak gaya dia orang macam dah biasa jer main salji.. tah bila-bila tah!!
Aku suka betul kalau ada family gathering yang macam ni.. nak-nak lagi bila dapat berkumpul dengan mereka yang sekepala.. rasa seronok tak ingat! Husband-husband dia orang ni pun aku dah kenal, so tak la rasa macam dia orang tu sombong.. semua boleh bergurau-senda dan semua boleh masuk kepala.
Dalam pukul 9.00 malam, kami berpecah sebab mereka nak turun KL.. kesian dia orang, keletihan sangat melayan anak-anak masing-masing. Tapi kami (aku, Fuad, Rin, Zahir & Ardiana) tetap tak mahu turun awal.. feeling-feeling sesi fotografi lak kami! Hu.. hu..!!
No comments:
Post a Comment