It has been a while dah tak berblogging ni.. wondering, nak menulis dalam bahasa Inggeris (feeling-feeling Mat Salleh!) atau dalam bahasa Melayu?? Since baca blog Moomoo Mek Mung Krek Krek tu ditulis dalam bahasa Melayu, rasa originality nyer. So, I decided to write in dwi bahasa (so, pada sapa-sapa yang tak fasih baca bahasa Melayu macam Mary Sawadeekap tu.. minta maaf yer!) this time. Jangan marah..
Joe inviting me to spend the weekend in Singapore after Hari Raya for Formula 1 this year. Mula-mula tu rasa macam malas nak pergi sebab takut budget lari.. yer la, kata nak simpan duit nak holiday oversea next year, tapi memandangkan it will be so much fun there with another set of friends in Singapore, ku gigihkan jua..
Tak prepare apa-apa, pack lite-lite jer dan beli tiket on the day itself (duit pun keluarkan dari bank pagi tu jugak!). Nasib baik ada tiket bas Aeroline lagi ke Singapore, kalau tak.. selamat la duit aku tu!! Tak pernah-pernah nak travel sorang-sorang ni, tapi tetap nak pergi gak.. konon-konon nak adventure la katakan!
Anyway, lepas kerja jer kerja pukul 4.00 petang, aku bergegas berjalan kaki ke Corus hotel nak kejar Aeroline bus yang depart jam 4.30 petang ke Singapore. Nasib baik sempat.. so ingat nak tido dalam bas tapi tak terlelap mata ni sebab terlalu excited nak berjumpa ngan Aishah, Joe & Uda yang akan menanti aku sampai kat Harbourfront tu. Dalam perjalanan yang mengambil masa 5 jam tu, aku tak tentu arah duduk sorang-sorang.. aku tengok seat bahagian belakang ada yang kosong, tapi service dalam bas ni best gak.. jam 6.00 petang, mereka served dinner. Packed meal dari Corus Hotel (nasi putih, berlauk sambal ikan, ayam dan sayur campur & sambal belacan) berserta dessert (Honey Dew pudding). Selepas makan, Steward dari Aeroline Bus ni served coffee or tea (or milo).. pastu aku membusykan diri ngan iPod sampai la ke Imigresen di Tuas.The dessert (honey dew pudding).
Aku buat-buat pandai jer sorang-sorang masa kat imigresen ni.. nasib baik aku pandai, so lepas halangan pertama! Kemudian sampai lak kat halangan kedua, imigresen Second Link tuk masuk ke Singapore.. ni aku seram sikit.. so, aku pun buat la pandai-pandai aku gak, tapi ikut orang.. aku senyum kat officer tu (terus teringat kat Kumar nyer stand-up comedy: "what smile-smile!) masa nak cop passport. Aku tengok imigresen officer kat sini semua nyer ok jer.. tak banyak tanya.. lepas gak halangan kedua!
Selama 3 malan aku dirumah sewaan Aishah, aku menumpang tido di bilik Christine yang sedang training di Mandarin Oriental Jakarta (thanks Christine!). Aku diberi Ezing Card (untuk bas dan MRT ala Touch n Go) dan kunci rumah oleh Aishah, so senang la nanti aku nak bergerak sana-sini kata nyer! Tapi, aku tak paham, kenapa sewa bilik disini mahal sangat (SD$600-700) tapi bilik nyer kecil.. tak berbaloi! Kalau kat KL, harga macam ni dah boleh sewa satu condo mewah!! Perrghh!! Aishah dah pesan kat aku camana nak naik bas dari rumah nak ke Orchard Road, ke Concorde Hotel tuk jumpa Joe.
Pemandangan semasa berjalan menuju ke bus stop..Esok nyer, punya la berkobar-kobar aku bangun pagi (memang kena bangun pukul 10.00 pagi pun sebab nak kena makan ubat!), pastu bersiap-siap sambil feeling-feeling Singaporean! Jalan kaki dari rumah Aishah ke bus stop dalam 10 minit, tunggu bas double decker (very efficient, setiap 15 minit).. nak duduk kat atas je!! Aishah kata, kalau nampak Plaza Singapura, tekan loceng, pastu dari situ jalan ke Concorde Hotel tak jauh.. tapi sampai la hari terakhir, aku tak nampak langsung Plaza Singapura tu!! Aku pun turun mana sempat jer.. yang penting, aku sampai kat Orchard Road.. sampai gak Concorde Hotel tu!
Singapore Night Safari.
Ini la landmark yang Aishah suruh aku tengok-tengok tu untuk berhenti ke Orchard Road..
Ini la landmark yang Aishah suruh aku tengok-tengok tu untuk berhenti ke Orchard Road..
Selama 3 hari aku kat Singapore ni, Aishah, Faizal & Uda gigih bawa aku kehulu-kehilir (lupa lak nak call Liling.. mesti dia merajuk tengok gambar-gambar aku kat Facebook tu).. gie Kampung Gelam, Arab Street, Bugis Street, Night Safari, Little India dan yang paling penting Mustafa Centre (my favourite place), supermarket yang buka 24 jam dengan harga runtuh! Favourite sangat! Walaupun dia orang ni semua kerja pagi, tapi sanggup bawa aku dan Joe jalan-jalan. Tapi pada hari terakhir, cuma aku dan Joe je yang pepandai jalan-jalan sendiri.. gie muzium, Singapore Flyer, Malion Park dan area-area town (at last dapat gak naik MRT!). Best sangat kita orang berjalan dari pagi.. ronda-ronda metropolitan city ni (very the well organised city).. sampai aku terlepas bas pukul 6.30 petang nak balik KL sebab terperangkap dalam traffic jam on the way nak ke Harbourfront.
Luckly, ada last bas pukul 8.30 malam tuk balik.. tapi.. aku sorang jer dalam bas tu!! Terasa macam kerabat diraja lak chartered the whole bus. Seperti biasa, service dari Steward Aeroline bus ni memang bagus.. aku dilayan macam raja! Berkali-kali tanya aku nak makan minum, nak tengok movie.. sampai tolong ingatkan aku tuk makan ubat pukul 10.00 malam!! He.. he..
Memang best last minute holiday aku kali ni.. terima kasih pada semua kawan-kawan kat Singapore especially Aishah & Faizal yang tak henti-henti belanja aku semasa aku kat Singapore.. jimat.. tapi tak jugak, sebab kena beli tiket Aeroline Bus yang baru (SD$48.00 = RM120.00) tuk balik KL!! Tapi yang penting, aku puas!!
No comments:
Post a Comment