Heran gak tahun ni, dah nak 2 hari lagi habisnya bulan Syawal, bulan raya tapi aku cuma terima 3 jemputan jer tuk open house raya tahun ni. Kenapa yek?? Tak macam tahun-tahun lepas, every weekend ada open house.. 2-3 biji rumah dalam masa satu hari tu..!! Tahun ni, memang sunyi betul!!
Mungkin sebab economic problem recently, atau mungkin sebab raya jatuh pada pertengahan bulan?? Dan semua duit dah banyak dibelanjakan tuk raya..?? Hhmm..?
Ok lah, whatever it is, aku happy sangat kalau dapat gie open houses ni.. bukan nyer apa, selain dapat makan 'pree' (free), kita dapat berkumpul reramai.. seronok-seronok. Masa ni la dapat jumpa, ex-schoolmates, ex-colleagues, ex-boyfriend dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Yang mana, cuma kita dapat jumpa setahun sekali jer bila tiba hari raya.. kalau tak der hari raya ni, mungkin tak der la kita berjumpa lagi.. sedih kan??!
First open house yang aku hadiri ialah di rumah Achat kat Subang. Mula-mula memang rasa malas nak pergi sebab pada hari tersebut, aku berkerja shift petang. Balik lak pukul 11.00 malam, ada ke lagi kawan-kawan kat open house tu? Teryata, kawan-kawan aku semua tunggu kehadiran kami kat sana, sanggup tunggu sampai aku tiba kat rumah Achat ni!! Kebanyakan yang ada pada malam tu, semua teman-teman rapat.. teman-teman yang aku sayangi.. Tetamu yang lain semua dah balik, kenyang jer perut, beredar la mereka.. He.. he..!! Macam biasa la kan?!!
Second open house lak kat rumah Abang Adzuan (Bell Captain kat tempat kerja aku!) di Dengkil. Walaupun tak ramai kawan-kawan sekerja yang hadir, majlis tetap meriah. Selepas kerja jam 3.00 petang, kami reramai berpakat berkongsi kereta, bertolak sesama ke destinasi. Perjalanan hampir satu jam.. ye lah, Dengkil la pulak tempat nyer.. atas sikit dari KLIA. Sebenarnya, pada hari itu adalah majlis harijadi anak perempuan Abang Adzuan, pada sebelah petang lak dia buat BBQ open house tuk rakan sekerja. Memang seronok dapat berkumpul macam ni.. tapi ada gak yang tak berapa seronok hari tu..
Kesian kat si Hanafi, dah la tak tau lokasi, sombong lak nak pergi ngan kereta sendiri. Pastu, duit lak tercicir masa isi minyak kat Tol Sungai Besi, tersangkut lak kat tol sebab satu sen pun dia tak der nak bayar duit tol!! He.. he.. kalau dia datang hotel dan tunggu kami, sah-sah kejadian ni tak akan berlaku. Eemm.. rasakan!! Nasib baik ada Abang Dino to the rescue, kalau tak.. bermalam la kau kat tol tu Hanafi!!
Aku dah siap ingatkan dia awal-awal nak temujanji dan gie sesama, tapi menyombong la pulak.. nak gie sendiri!! Lantakkan la!! Menyesal tak sudah.. haa.. cakap orang tua-tua tu dengar sikit (dah tua ke aku ni??! Yang penting, tetap maintain muda kan!)!! Bila dia dah sampai kat rumah Abang Adzuan, kami semua dah bersiap-siap nak bertolak pulang. Member pun dengan muka tak puas hati, mentekedarah ayam-ayam panggang tu!! Kah.. kah.. kah.. Tapi aku kesian gak kat dia.. (tetap ni!!).
Dan open house terakhir aku, di rumah Yusnoor & Izat pada minggu terakhir bulan Syawal. Siap berbusana Baju Melayu (yer la.. nak feeling-feeling grand open house ni!). Memang seronok dapat jumpa ramai kawan-kawan lama, dapat gak catch-up on latest gossips! Satu jer, aku ni bila dah ada kat rumah Yusnoor ni, memang malas nak balik! Dah la aku kerja shift pagi keesokan hari nyer.. gigih gak duk bertandang sampai pukul 3.00 pagi! Seronok dapat berkumpul kat sana, berphoto shoot bagai kita orang malam tu!!
So, ramai gak yang bertanya, bila lak time aku nak buat open house?! Eemm.. dah nak habis bulan Syawal ni, paham-paham jer la.. Kalau kita buat open house selepas bulan Syawal, memang tak seronok sebab bukan dalam bulan raya. Jadi jawapan nyer, aku tak buat open house pun.. tak der budget! Point bulan ni pun RM312.00 jer sepoint.. bayar hutang bulan ni pun tertangguh! Lu pikir la sendiri!!
Hi
5 years ago
No comments:
Post a Comment