Kenapa bila kita nak menyimpan duit ada jer benda yang akan tak kena?? Ada jer benda nak kena beli, ada jer benda nak kena repair, ada je benda nak kena ganti?!! Stressed la!
Aku ni, bagai nak rak menyimpan duit nak gie holiday bulan June ni.. tetiba ada je perkara nak menghabiskan duit tu. Bumbung dapur kat rumah aku ni bocor la pulak, sebab-sebab dia bocor pun adalah dari pokok besar kat sebelah rumah ni. Pastu tak lama lagi kereta lak nak kena hantar service, aircond kat dalam bilik pun dah tak sejuk.. pun nak kena service gak!
Bila dikira-kira, mahu RM2,000.00 aku kena berhabis tuk semua tu. Mana tak nyer, tebang 2 pokok kat tepi rumah ni dah kena RM600.00, nak buat balik bumbung dapur ni kena RM400.00. Service kereta lak busuk-busuk kena RM300.00. Service aircond lak kena RM200.00, tu pun kalau tak der apa yang rosak atau nak kena ganti nanti. Kalau tak, nak cecah RM300.00-RM400.00 kalau ada benda rosak dalam aircond tu yang diganti.
Ish.. duit ni tak pernah cukup kan?? Camana la cara nyer kita nak menyimpan tanpa ada sebarang gangguan?? Tanpa perlu nak belanjakan duit tu untuk benda-benda lain selain apa yang kita plan? Masalah-masalah..!!
Stressed!!
Hi
5 years ago
No comments:
Post a Comment