Me & My Life..

Friday, September 19, 2008

Hunny!

Semalam hari Khamis, macam biasa Offday aku.. tak kerja tapi banyak kerja nak kena buat! Pukul 3.00 petang, aku keluar rumah menuju ke Low Yat Plaza, nak beli assesori laptop dan cable laptop yang rosak ni. Kopak jugak aku RM160.00! Harapan nak simpan duit, retak.. belum hancur lagi yeh! Sebab masih ada lagi sikit duit yang aku dah budget untuk raya ni : ) Terima kasih kat Rahman yang sanggup curi tulang dari kerja nak temankan aku. Dia pun nak survey assesori laptop untuk laptop baru dia.. wah..!!

Kemudian, aku kerumah Zahir atas alasan dah berjanji dengan dia untuk bawa dia bersama berbuka puasa di rumah Sani atas perancangan Senor. Sampai kat Pangsapuri Mawar, Bandar Baru Sentul, Sani pulak tak der kat rumah. Dia ke bawah membeli juadah berbuka puasa. Aku, Senor & Zahir dok la menunggu diluar rumah Sani selama 30 minit. Bila aku hubungi mobile Sani, katanya on the way naik.. tapi sampai setengah jam aku menunggu kat luar rumah dia ni, apa cerita?? Dia naik tangga ke, ke tingkat 14?? Kalau betul, boleh kurus Sani dibuatnya!!

Seorang demi seorang muncul dimuka pintu rumah Sani untuk bersama-sama berbuka puasa.. semuanya kawan-kawan lama yang hadir.. Pak Itam, Abob, Bedah, Ejay, Naza, Senor, Rahman, Azmi, Abang Boh dan Kak Era.. semua ni muka-muka yang susah aku nak jumpa selalu. Iya la, masing-masing dah ada hal masing-masing.. tapi malam ni, memang seronok berkumpul semula.

Lepas berbuka, aku ke rumah Senor di Pangsapuri Melur bersebelahan dengan pangsapuri yang Sani duduki. Rahman nak guna laptop aku untuk mengaktifkan Stremyx yang baru dia langgan. Dapat juga la aku lelapkan mata seketika atas sofa sambil Zahir menjahit manik dibaju kurung maknya.. glamour betul mak si Zahir ni beraya!! He.. he..

Senor ada membela seekor kucing jalanan yang dia kutip tak lama dulu. Hunny namanya.. tapi bila ada orang yang tak dikenali masuk rumah, kelam-kabut dia bertempiaran menyorok! Penakut dengan orang!! Anaknya, Abbie, jinak dengan orang yang tak dikenali. Asyik menggesel je dengan aku! Dah la aku ni allergie ngan kucing sekarang ni, kalau aku layan sangat si Abbie ni, nanti muka dan badan aku gatal-gatal kerana alahannya.

Yang kelakarnya si Hunny ni, badannya gemuk betul! Tak tau la apa Senor beri si Hunny ni makan. Kalay Hunny berdiri, kaki dah tak rapat, sekali pandang dah macam bull dog! Kah.. kah.. kah.. Kalau korang tengok Hunny ni berjalan, lagi kelakar.. dah tak macam kucing yang lain, selalu catwalk tapi Hunny ni dah dogwalk! Jalan kaki terkangkang, dah tak larat nak membawa badan dia agaknya! : )







Cuba tengok gambar-gambar ni, kelakar tak si Hunny tu?? Kalau dia baring atas lantai, dia
terlentang dengan empat-empat kaki keatas! Korang pernah tak tengok kucing tidur terlentang?! : ) Ha.. lain dari yang lain si Hunny ni.. sama macam tuannya, si Senor tu!! He.. he.. Kadang-kadang aku kesian tengok Hunny ni, dah la berbadan besar, jalan pun tak larat.. macam kucing obesiti (masalah kegemukan) pun ada! Tapi Senor sayang sangat dengan Hunny, dicium-ciumnya, diborak-borakan nya si Hunny. Senor tu mesti ada keistimewaan berinteraksi dengan kucing kan?? Hairan.. hairan..





No comments: