Me & My Life..

Sunday, November 22, 2009

Fullhouse..

Dah pening kepala duk memikir kat mana nak lunch tuk farewell Davina, last-last we all decided nak lunch at Delicious @ The Marc Resident. Aku ni duk terbayang dah Malaysian Rojak kat situ.. sedap tul!! Rojak yang semangkuk besar tu.. ditabur lak hirisan bunga kantan dan kacang tumbuk.. makan bersama keropok ikan. Memang sedap!

Last Saturday, kami pun plan la nak gie farewell lunch ni. Tapi bila kami dah park kereta kat parking, tetiba aku lak bersuara, kata nak try something different. Aku bagitau Allie & Davina, aku selalu lalu kat Jalan Yap Kwan Seng bila nak gie kerja.. ada satu restoran baru buka kat situ. Cantik jer nampak dari luar.. menarik betul! Kat luar pagar restoran tu lak ada banner set lunch yang dipromosikan.. dari RM16.90.. murah tu!

Fullhouse: Lifestyle Store & Cafe, Jalan Yap Kwan Seng.

So, kami pun apa lagi.. tukar la venue ke restoran tu. Sampai jer kami kat situ, kami disambut oleh Car Jockey.. free service lagi!! Masuk jer kat dalam restoran ni, semua nyer serba putih.. suci sangat. Manakala, baru seminggu beroperasi, memang la suci lagi.. cuba kalau dah setahun.. tak hitam legam segala benda dalam restoran ni?!

Bila dah duduk dalam tempat yang menarik macam restoran ni, bertambah selera la kami nak makan.. yang penting, ada gak kami ni yang baru jer bangun tido.. tak bersarapan, terus mandi bersiap keluar rumah.. mana tak lapar!!

Ni la menu nyer.. macam majalah/komik.. cute sangat!!

Allie pilih yang ni..

Davina & Annie pilih yang ni..

Aku pilih yang ni.. (good choice!)

Bila kami dah order makanan, tak sampai 10 minit, makanan dah sampai.. bagus tul service kat sini.. tip top! Kami cuma order set lunch jer sebab lebih murah berbanding dengan a la-carte order. Makanan pun presentation menarik dan sedap-sedap kat sini. Cuba tengok makanan-makanan yang kami order ni.. sedap kan..?!

Our drinks: Iced Lemon Tea..

Our starter: Forest Mushroom Soup..

Allie's main course: Spaghetti Pasta With Turkey Ham & Mushroom Cream..

Annie & Davina's main course: Pan Sear Dory Fish Wish Asia Green..

My main course: Oven Roasted Chicken Chop With Daily Vegetables..

Dessert: Assorted Mini Cakes..

Selain dari restoran, kat dalam ni ada butik pakaian dan aksesori kat tingkat atas. Di tingkat bawah restoran ni selain ruang makan, ada gak kawasan menjual cenderemata, barangan perhiasan rumah dan aksesori.

Dining hall area.. dalam ni semua serba putih.

Barangan aksesori rumah di tingkat bawah restoran FullHouse..

Selain makan, kita boleh gak membeli belah kat dalam restoran ni.. 2 in 1!

Interior dalaman yang menarik.. macam rumah Inggeris jer..

Bahagian belakang restoran ni lak, ada ruangan outdoor. Macam boleh buat parti atau tuk sapa-sapa yang nak feeling-feeling makan dibawah cahaya matahari (ala-ala sun tan gitu!).. rasa la korang rentung kena sun burn nanti! Yang paling menarik sekali, kat kawasan outdoor ni ada water fountain dan kereta Mini tak der berbumbung. Sakan masing-masing bergambar kat sini.. he.. he..

Menarik tul kereta Mini ni.. berebut-rebut nak bergambar kat sini!!

Bagi aku, restoran ni memang best.. tempat nyer menarik dan makanan pun sedap-sedap. So, pada sesiapa yang nak try tu, pergi la.. recommended.

Berbaloi, baloi..!!


4 comments:

Anonymous said...

halal ke?

another location is at Nie Xie Zhui...all are chinese..that's y i'm asking

Ishak Hussain said...

Halal restaurant tu.. insyallah. Mereka pun ada pekerja Melayu.

Zaph said...

I pun dah lalu the other day tapi belum pegi makan je lagi :)

Anonymous said...

hey i dah pening kepala for deciding mana nak pergi for my bf punya birthday tomorrow, and td i lalu dpn fullhouse restaurant, macam best jer tmpt.

how was the food there? and the price okay tak? i nak pergi for dinner? ok tak for celebrating birthday kat ctu? ala2 romantic dinner gitu :))

nak tanya opinion sapa2 yg pernah makan kat ctu.