Last Saturday, kami pun plan la nak gie farewell lunch ni. Tapi bila kami dah park kereta kat parking, tetiba aku lak bersuara, kata nak try something different. Aku bagitau Allie & Davina, aku selalu lalu kat Jalan Yap Kwan Seng bila nak gie kerja.. ada satu restoran baru buka kat situ. Cantik jer nampak dari luar.. menarik betul! Kat luar pagar restoran tu lak ada banner set lunch yang dipromosikan.. dari RM16.90.. murah tu!
So, kami pun apa lagi.. tukar la venue ke restoran tu. Sampai jer kami kat situ, kami disambut oleh Car Jockey.. free service lagi!! Masuk jer kat dalam restoran ni, semua nyer serba putih.. suci sangat. Manakala, baru seminggu beroperasi, memang la suci lagi.. cuba kalau dah setahun.. tak hitam legam segala benda dalam restoran ni?!
Bila dah duduk dalam tempat yang menarik macam restoran ni, bertambah selera la kami nak makan.. yang penting, ada gak kami ni yang baru jer bangun tido.. tak bersarapan, terus mandi bersiap keluar rumah.. mana tak lapar!!
Bila kami dah order makanan, tak sampai 10 minit, makanan dah sampai.. bagus tul service kat sini.. tip top! Kami cuma order set lunch jer sebab lebih murah berbanding dengan a la-carte order. Makanan pun presentation menarik dan sedap-sedap kat sini. Cuba tengok makanan-makanan yang kami order ni.. sedap kan..?!
Selain dari restoran, kat dalam ni ada butik pakaian dan aksesori kat tingkat atas. Di tingkat bawah restoran ni selain ruang makan, ada gak kawasan menjual cenderemata, barangan perhiasan rumah dan aksesori.
Bahagian belakang restoran ni lak, ada ruangan outdoor. Macam boleh buat parti atau tuk sapa-sapa yang nak feeling-feeling makan dibawah cahaya matahari (ala-ala sun tan gitu!).. rasa la korang rentung kena sun burn nanti! Yang paling menarik sekali, kat kawasan outdoor ni ada water fountain dan kereta Mini tak der berbumbung. Sakan masing-masing bergambar kat sini.. he.. he..
Bagi aku, restoran ni memang best.. tempat nyer menarik dan makanan pun sedap-sedap. So, pada sesiapa yang nak try tu, pergi la.. recommended.
4 comments:
halal ke?
another location is at Nie Xie Zhui...all are chinese..that's y i'm asking
Halal restaurant tu.. insyallah. Mereka pun ada pekerja Melayu.
I pun dah lalu the other day tapi belum pegi makan je lagi :)
hey i dah pening kepala for deciding mana nak pergi for my bf punya birthday tomorrow, and td i lalu dpn fullhouse restaurant, macam best jer tmpt.
how was the food there? and the price okay tak? i nak pergi for dinner? ok tak for celebrating birthday kat ctu? ala2 romantic dinner gitu :))
nak tanya opinion sapa2 yg pernah makan kat ctu.
Post a Comment