Malam semalam, kami melepak kat kedai makan tempat biasa (dah start jadi port kami sebab budak ambik order tu kando dan comel sangat!) reramai.. aku, Sani, Senor, Izat, Zahir, Abg Boh & Kaka Era. Tetiba masing-masing bercerita pasal cerita lama, cerita masa zaman muda-muda dulu.. so Chitah pun terentre frame dalam itu cerita. Kebetulan, Chita baru jer balik dari flight.. mesti dia cuti esok nyer. 'What is kalau kita lepak rumah Chita, boleh lepak makan malam kat sana?!', aku bagi idea.
Kebetulan juga, aku, Izat dan Sani cuti keesokkan hari nyer, Senor kerja petang dan Kaka Era pun kerja petang. So, kami pun menalipon Chita yang baru jer sampai kat rumah.. menyatakan hasrat nak gie lepak makan malam kat rumah dia esok. Green light dah dapat dari Chita dan Zul, so kami masing-masing pun sibuk buat plan nak ke rumah Chita esok. Tapi aku, kena la pergi awal sikit sebab nak tolong bawa Chita gie supermarket beli barang yang hendak dimasak nanti. Hampeh tul!! Tak per la.. Chita setuju nak masak masakan kegemaran aku, jadi aku tak kisah.
Bila tiba hari nyer, sibuk la aku ngan Chita membeli-belah barang-barang dapur kat supermarket. Sampai jer kami kat rumah, Chita terus jer masak. Selang 5 minit, Sani, Senor dan Izat sampai.. pastu Kak Era dan Abg Boh.
Bila kami dah berkumpul ramai-ramai ni, bising dan kecoh la rumah dibuat nyer! Teringat balik zaman dulu-dulu, zaman melepak kat rumah Kak Era.. masa tu, semua masih bujang lagi (manakala, Chita sorang jer yang dah kahwin!). Memang seronok!! Sekali-sekala bila dapat berkumpul macam ni, aku rasa puas hati sangat sebab dapat tengok kawan-kawan aku yang kadang-kala susah nak jumpa.
Aku bersyukur sangat kerana tuhan pertemukan aku dengan kawan-kawan aku ni.. kawan-kawan susah dan senang aku.. kita berkawan memang dah lama, ada yang sejak sekolah lagi. Aku sayang kat korang semua.. (walaupun aku tak pernah bagitau kat korang, aku tau korang tahu..).
Hi
5 years ago
No comments:
Post a Comment